Rabu, 17 Ogos 2011

Majalah Bacaanku Antara yang masih di beli dan tak dibeli


Majalah Bacaanku antara yang masih dibeli dan sudah tidak dibeli ..sebab isi yang tidak berjaya menarik pulus keluar dari dompet dan juga kurangnya minat terhadap sesuatu hobi yang berkaitan dengan majalah tersebut ..
Pasal beli DSLR dan nak tau teknik2x terkini dalam bidang fotografi serta pengeditan gambar2x menggunakan photoshop serta review tentang produk dan teknologi kamera yang terkini.Baru jer beli tadi setelah 5 bulan aku tak beli. majalah tentang fotografi yang berbahasa melayu pun aku ada beli jugak macam aperture dan foto grafika.Tengok mood dan juga isi dalam la jugak kalau nak membeli..Tapi bulan ni beli jugak sebab ada review pasal kamera idamanku... Canon Eos 60D.

Dah lama aku tak beli majalah dalam sejarah paling banyak aku kumpul dari zaman study lagi lagi sebab dulu kepala otak memang kepala otak muzik dan satu lagi nak tau pasal gig dan perkembangan semasa artis berkumpulan kegemaran aku...

Majalah pertahanan@ketenteraan memang di akui agak mahal dan berbaloi nak baca sebab nak tau jugak pasal kemampuan pertahanan negara sendiri dan negara lain dan juga ada cerita pasal sejarah bekas tentera dulu dizaman darurat dan juga zaman penjajahan jepun.

Pasal majalah ni sama jer keterangan aku dengan majalah tempur tu.

Ada banyak lagi sebenarnya majalah-majalah yang aku minat dan berkaitan dengan hobi aku la..yang tak berkenaan tu aku tak minat tambah2x lagi majalah buah-buahan ( faham kan majalah buah masam) yang gambar orang pakei seluar mandi duk terngango keluar ayor...ayor kolam. Satu lagi majalah mengenai motosikal ada jugak la beli tapi dah lama tinggal sebab takde motor dah.dan majalah yang aku beli 1 jer dan terasa geli hati nak membeli kali yang ke2 adalah majalah........ berkenaan tentang lelaki la..tak payah aku nak nyatakan majalah ape mesti korang akan faham.


Tiada ulasan: