Sabtu, 20 Ogos 2011

Cerita Cinta Mereka


Kisah cinta Salidah Jingga dan juga Rizon Haris bagaikan kisah cinta 2 ekor monyet yang penghujung nyawa mereka mati di tangan senapang seorang anggota rela kerana disyaki menceroboh masuk dan memakan buah rambutan kepunyaan manusia penjaga kebun buah-buahan . Mereka mati sambil berpelukan dan tangan monyet jantan tersebut masih lagi memegang buah rambutan yang belum di kopek lagi. Itulah perumpamaan cinta mereka Salidah Jingga dan juga Rizon Haris.
Salidah Jingga nama sebenar adalah seorang anak tauke sekerap getah di samping perniagaan mereka menjual taugeh di pasar ..banyak2x sayur taugeh juga yang laku tidak pula sayur yang lain seperti kobis,lobak dan juga pucuk paku ."gila lah sapa yang makan pucuk paku ni nak mati " kata seorang budak yang membeli sayur di gerainya... itu berkenaan tentang salidah jingga,kita nak tau pulak pasal si Rizon Haris si buah hati Salidah Jingga. Rizon Haris adalah anak sulung anak encik Harun Kambing .Hidupnya sebagai seorang anak yang ayahnya seorang ahli seumur hidup sebuah parti politik sedikit tidak menggembirakan beliau. "Ada apa dengan politik ??,hidup aku tak bahagia!!" . Bermulanya bibi-bibit cinta Rizon Haris dan juga Salidah Jingga bermula dari kisah ibu Rizon menyuruh Rizon pergi membeli taugeh di pasar.... dan tidak ada kedai lain yang menjual taugeh yang terbaik selain dari gerai yang diselia oleh seorang gadis sunti,bertumbuh pendek dengan pipinya yang kemerah-merahan tidak lain tidak bukan Salidah Jingga . "Rizon pergi beli taugeh mak nak masak taugeh goreng ,beli kat kedai Pakcik Park tau.. ( ayah si Salidah jingga ni ada darah korea dan lubnan sebab tu nama dia Park ) !!!" arahan dari ibu Rizon. " Yer mak !!" jawab si Rizon... sambil mencapai kunci motor berlalulah beliau ke pasar yang berdekatan. Ramai betul yang beli taugeh kat gerai Salidah Jingga ni?? terpaksa berbaris panjang dan Rizon adalah orang yang terakhir dalam barisan itu,dalam 15 minit menunggu barulah beliau dapat membeli .." bagi saya taugeh dua kelo... "berapa tadi" jawab Salidah Jingga dengan suara halus dan memanja dan terus tertusuk ke hati si Rizon mendengarnya.. hatinya berkata " pekak jugak ko ni" sambil Salidah menimbang taugeh seberat 2 kilo si Rizon terfikir-fikir apa yang nak di katakan pada si Salidah Jingga " ermm...ermm... bisnes hari ni macam mana?? ok ke? tanya si Rizon Haris . "ermm bolehlah banyak juga untung .. " ermm Salidah boleh minta no phone awak tak??... Salidah teraba-raba kertas di dalam laici ,setelah menulis Salidah memberikan kertas yang tertulis nombor telefonnya pada Rizon Haris.. "yes akhirnya berjaya !!! berkata-kata dalam hatinya.. Pulang dengan senyuman Rizon Haris dan nekad malam ni dia akan menghantar sms yang pertama kepada Salidah Jingga..
Waktu pun sudah bertukar ke malam... semakin berdebar rasanya hati tatkala ingin menghantar pesanan sms yang pertama kepada gadis pujaannya... menaip perkataan HI untuk pertama kalinya..

Bersambung la..

Tiada ulasan: