Khamis, 28 Julai 2011

Cerita Malam Jumaat ( Seram Agaknya)


Kisah ini berlaku ketika Si A dan kawan-kawannya melastik burung reruak..macam biasalah operasi melastik burung ni biasanya malam la..ada yang bawak radio kaset ,ada yang bawak buluh pendek yang seperti seruling tetapi pendek tapi bila di tiup bunyi seakan burung reruak
mencari burung reruak merupakan cabaran kepada pencarinya mereka terpaksa menunggu berjam-jam untuk menarik perhatian burung ni datan
g dan ketika itu lah suluhan lampu dan ahli2x yang lain akan melastik burung reruak...jangan risau mereka ni semua sharp shooter.. sengaja mereka tak nak gunakan jaring seperti yang pemburu burung ni buat mungkin tak nak kerja lebih kot..yer la bukak pasang..bukak pasang.. penat jugak weii... perkara misteri yang berlaku terhadap mereka bagaikan sudah lali mereka hadapi....mesti ada jugak gangguan dari makhluk halus.
tiupan demi tiupan di buat untuk memikat burung reruak terus bergema pada malam itu lokasinya disebuah ladang kelapa sawit yang sememangnya populasi burung reruak banyak disitu... " ah takde pulak malam ni!!" terus bertukar ke lokasi lain.. bermula lagi tiupan untuk memikat dan kedengaran la suara burng reruak membalas kembali ...bunyi burung reruak semakin dekat seperti dalam 10 ekor menuju ke tempat bunyian tadi terhasil.. apa lagi lampu dan lastik sudah bersedia untuk membidik . Suluh punya suluh seekor sahaja yang datang tapi bunyi sahutan umpama dalam 10 ekor sahaja.. " aik biar betul??" dan salah seorang dari mereka bersuara " jom kita balik jangan layan sangat bunyi jer macam benda tu banyak ...ade benda la tu nak mengacau.. kemas punya kemas mereka pun terus bergerak dan bunyi burung reruak terus memecah kesunyian malam itu tapi semakin lama-semakin kasar bunyi nyer.. tanpa mempedulikan mereka terus meninggalkan tempat tu lebih kurang 30 meter di hadapan mereka ....kesemua antara mereka ternampak lembaga putih sedang duduk di atas pelepah kelapa sawit ( bukan di bawah tapi diatas) perlahan-lahan mereka meninggalkan tempat tu... sah la lembaga tu si matianak...yang menganggu mereka..sebab itu lah bunyi bising memecah kesunyian malam tu...dia punya angkara mujurlah takde apa-apa yang terjadi kepada mereka. seekor pun tak dapat matianak punya angkara..burung reruak ni merupakan haiwan yang dikawal oleh matianak sebab itu mereka boleh meniru suara burung tu ( orang yang cerita la betul ke tak aku tak tau...)

maaf jalan cerita berterabur tapi tetap jugak nak tulis..

Tiada ulasan: