Ahad, 12 Jun 2011

Aku dan Gunung Ledang

Gunung ledang ...kalau dulunya aku nampak sayup2x jer dari jauh gunung yang terkenal dengan cerita-cerita lagenda mengenai puteri gunung ledang ni. Dan hari bertarikh 12/06/2011 dengan rasminya aku lalu jer gunung tu.. memang menarik perhatian..bukan kerana gunung tu tapi kerana cerita lagenda tersebut...betul ke lagenda tu atau cerita yang dia ada-adakan ketika zaman dulu...ntah la takde jawapannyer.. percaya ke tak no comment!!.. perjalanan pulang ke JB melalui jalan melintasi gunung ledang ni sebenarnye dah lama aku rancang daripada minggu pertama cuti lagi ,berdasarkan signboard lebuhraya PLUS di persimpangan jalan ke buloh kasap...jadinya aku merancang nak balik ikut tangkak dan dapat la melihat-lihat keindahan gunung ledang..

Gambar di pekan/bandar tangkak

Terpikat dengan suasana pekan/bandar tangkak


Terjenguk-jenguk kepala melihat keindahan gunung ledang ..sambil tangan memegang stereng.. "haaa tempat ni sesuai nak ambik gambar.. tapi apakan daya nak park kat situ kang..mcm tak selamat jiwa dan raga...cari signboard menuju ke tempat rekreasi gunung ledang tapi membatalkan niat tu..sebab nak kejar masa dan satu lagi tak nak mengangkut kawan-kawan yang ingin menumpang tanpa izin....seperti yang terjadi pada aku ketika di gua kelam perlis dulu..hehe...


Tiada ulasan: