Selasa, 10 Mei 2011

Toman Kene Makan Dengan Man


Ikan Toman atau nama saintifiknya Channa micropeltes. adalah tergolong dalam ikan air tawar. terkenal kerana aksi melawannya menghenjut joran2x pemancing tegar memang mencabar ,memang hebat. Bagi aku ni yang bekas pemancing tegar belum lagi merasa akan kehebatan bertarung di hujung joran .Dengan ikan bujuk pernah la.. walau kecil lenguh jugak di buatnye.. Ada jugak kurengnye ikan toman ni ,part mana yang kureng nyer ialah rasa dagingnya mengikut komen2x mereka yang pertama kali menjamah dagingnya akan mengatakan " ish tawar la sedap lagi ikan patin" hehe bagi aku la yang dah berapa ribu kali makan ikan ni sedap ke tak sedap buat diam jer la ... itu jer lauk yang ada ..kata orang tua dulu2x la.. jenis ikan toman yang aku tau......

toman

Toman masak 3 rasa ..kot tak pun sweet sour...tp memang umphhhh!!!!!..


Toman bunga dan ada lagi satu spesis baru toman batik....whaahhaaha mengong mana dapat toman batik... kalau tak tau diam2x jer la....tp tetap jugak tak nak kalah pasal bab bercerita...bercerita pasal masakan kalau kat kampung tu my mummy akan masak ikan ni secara rebus jer la rebus dengan berempahkan ubi kayu yang di potong kecil2x... sedap boleh la.. kuahnya sedap tp bab daging ikan tu yang tak berapa .Tapi........ ada jugak part yang sedapnya dan pasti akan berebut ialah bahagian organ dalamannya dan jugak lemak di bawah badannya... tak pernah makan?? try sekali...jangan mancing lepas tu lepas..apa lagi panggang la..

Tiada ulasan: