Selasa, 24 Mei 2011

Celita Hali ini.. Lalam Sijalah

Broommm.................... terus memecah kesunyian deruman enjin campro 1.6 terus menerjah laluan lurus dan kadangkala berlubang di lebuhraya yang aku klasifikasikan lebuhraya lepas perang jepun..banyak sangat lubang mungkin saja kene baru lepas kene bom... hajat perjalanan yang sememangnya di rancang berhari-hari baru lah hari ini dapat di laksanakan..dengan tujuan ingin membeli kasut futsal. Maka sampailah ke tempat yang di tuju. Sebelum tu menunaikan hajat dulu di jamban JJ ni..memang sudah menjadi kelaziman sebelum naik mesti hajat dulu di tunaikan nanti tak la kacau aku membelek-belek barangan... masuk la ke dalam premis perniagaan tersebut ( sebuah kedai menjual barangan sukan yang popular) Alamak takde dah aiseyyyy merugikan sahaja aku memandu sejauh ini sudah tiada barang yang ingin ku beli dengan wang ringgit ni rupanya..( bola umbro size 4 ) membelek pula kasut2x futsal yang diidamkan perghhh harga....ini macam tak boleh jadi...nak beli ke tak nak... nak beli ke tak nak???...emphhh lupakan saje la.. pergi pula ke sport deparment di JJ ni wowww... ade jualan potongan harga.. belek punye belek takde yang berkenan alahaiii.... dulu design brand ni memang cun2x belaka..tapi sekarang adoihaiii... belek pulak brand lain..fuhh yang ni lawa..tp kasut futsal ke ni ?? aku was2x.. nampak macam tak tahan jer.. ahhh lupakan ..balik dulu tapi sebelum tu singgah ke Giant dulu ..maka singgahlah ke giant.. dengan tujuan yang sama masuk la ke sebuah butik menjual barangan sukan tapi hmphhh mengecewakan jugak... dan meneruskan pencarian di dalam Giant pulak..belek sana---belek sini... last2x beli deodorant dan body deodorant berjenama adidas hehe adidas aje... beli ubat gigi..gi kedai menjual DVD dengan pembantu kedai warga ..... yang mulut becok..tp seksi..hehe macam muka minah kat kelab dangdut jer.. yang ni mungkin dah expired.. sepanjang aku singgah belek2x dvd suara dia la paling kuat tokey kedai yang botak kepala tengahnya dan berambut lebat di tepi kepalanya hanya terdiam dan kadangkala bersuara jugak melayan pembantunya yang mulut becok patut sumbat dengan pisang tanduk ni besar sikit..haiyaa tak dapat bayang macam mana dia kunyah pisang tanduk sambil bercakap.... pakai seksi ,body bergetah nyumm malangnya kau dah tua...kalau kau muda..macam la aku nak ngorat hahahahahaha....( aku pemalu sebenarnya...)
kulihat di luar wow...hari yang mendung tidak ku jangkakan akan hujan dalam masa 3 jam nanti.. terus la dengan misi pulang ke rumah..sampai di rumah on9 kejap kerana ingin mengorder sesuatu..tp ketika dan saat ini masih lagi belum terbalas..
ohhh sudah jam 6 mari kita ke padang bola..guruh berdentum sebenarnya..tp jauh tu.. terus la dan hujan juga ...aisehhh hujan lagi bila la nak bersukan semalam dah la tertido kesedapan..hingga ke malam hari .. dengan perut yang lapar terus la aku ke kedai mamak pesan meehoon dan teh ais... selesai makan terus memandu tapi sebelum tu bayar dulu.. dalam kepala memikir nak pergi mana la aku ni... oooo...gi al-ikhsan dulu la...sebelum tu sempar update status dalam muka buku ada la dalam 6 komen kot.. belek lagi dalam kedai tu...perghhh takde jugak.. terus ke kedai yang satu lagi dengan tujuan lain ingin membeli tempahan baju oleh adikku... dah beli nak naik ke tingkat seterusnya sebab lama dah tak melepak kat kawasan ni..teringat ketika zaman2x dulu di era tahun 2004 dengan geng2x pantai timur ...dan ketika itulah terlintas di kapala ada satu kedai sukan ooo buka lagi...terus mendekati kedai tersebut ..lorrr... papan tanda open tapi berantai bermangga bagai dalam ??? sempat juga menjeling wowww...kat sini rupanya ( merujuk kepada bola size 4 dan juga kelengkapan barangan sukan yang akan di beli hehhee...balik dlu...entri merapu...