Jumaat, 4 Mac 2011

Lembu Manja

Lembu Manja kisah yang berkisarkan mengenai seekor lembu manja sehingga ke akhir hayatnya. Cerita yang sebenar-benarnya berlaku mengenai seekor haiwan yang manja hinggalah tamat riwayatnya di sembelih untuk di jadikan hidangan pada majlis Maulidur Rasul . Datanglah sebuah lori berwarna merah ..aku menjenguk " eh,mana lembu nya!" tengok-punya tengok lerrr terlentang ... mula lah keluar ayat-ayat mcm seorang pelindung dan hak asasi haiwan.Sampailah lembu tu diturunkan di heret macam mayat askar musuh yang tidak berguna perghhh kejam sangat la.. siap aku dengan rasa konfiden berkata " kalau mcm ni lah layanan maaf aku tak sampai hati nak jamah dagingnya" berlalu sudah 10 minit melihat peristiwa kekejaman . Menjenguk lagi ke luar jendela ishhh confirm dah mati lembu nie !!!... beberapa orang manusia yang berikhtiar untuk membantu lembu tersebut menyimbah air dengan sepantas kilat ( sepantas lembu sebenarnya) terus bangun mcm baru bangun dari tidur mungkin sedap sangat tidur atas
lori tadi kot?? hehehe..Asudah lembu naik minyak terlompat2x nak melepaskan diri kalau terlepas tali mampus semua kene sondol selang dalam 5 minit aikk?? pengsan balik .... tapi kali ni simbahan air untuk menyegarkannya lagi banyak daripada yang mula-mula tadi. Dan nak dijadikan cerita akan terus balik malas nak tengok ....sebab aku tak berani nak tengok orang sembelih lembu ni agak2x dah tak rupa lembu nanti baru lah aku turun membantu. Malam pekena sup tak ingat dah kata-kata aku petang tadi . Bercerita kembali mengenai peristiwa petang tadi dengan rakan-rakan maka terkeluarlah cerita lembu manja nie.... " sebenarnya lembu tu merajuk.. kenapa merajuk ?? sebab lembu tu manja dengan tuan dia sebab nak kena jual .. lorrrr ade jugak lembu manja .Masa nak kene sembelih petang tadi pun lembu tu tak banyak karenah ..sebab kalau sebelumnya lembu yang nak di sembelih bukan main melawannya tapi yang ni istimewa sikit memang tak bergerak-gerak seolah-olah tau mengenai akan perginya buat selama-lama . Tengok balik tulang-tulang yang menjadi santapan para manusia tadi sedih pulak aku teringat akan lembu tadi sebab aku ni memang sensitif sikit dengan kisah-kisah penganiyaan haiwan ni tapi bila dah dengar tentang cerita sebenar tersenyum aku mendengarkan cerita lembu manja...

2 ulasan:

KU MAHU BAHAGIA berkata...

kan best kalo aq ade kat tempat kejadian..ko cerite pon da best

Tanpa Nama berkata...

wah citer best ni