Isnin, 7 Mac 2011

Kenapa Makin Malas Nak Update Blog

Malas semakin malas atau dah malas???... baru nak malas . Malas lawannya Rajin dan Rajin Lawannya Malas SEMAKIN MALAS. Entry malas dari seorang blogger yang makin malas nak update blog orang tasek... Ada separuh orang akan marah bila di persoalkan tentang malas... " Huh, takde dalam kamus aku erti malas ni!!!!.." hahaha..nampok sangat menipu. sebenarnye malas ni dah menjadi lumrah dalam kehidupan kita sebagai manusia . Sebagai manusia ada masa kita malas ,ada masa jugak kita rajin .Faktor malas ni bergantung juga dengan faktor persekitaran dan emosi ..sebagai contoh persekitaran yang mempengaruhi seseorang itu menjadi malas dan rajin

contoh yang pertama Persekitaran :
  • Si A menjadi malas keranapersekitaran tempat kerja nya yang kurang kondusif ( eceh)
contoh yang kedua Emosi :
  • Si A berasa sangat malas dan kurang berdaya saing kerana masalah emosi nya ..
Jika berfikiran secara negatif " malas " adalah satu perkara yang sangat lah tidak disukai oleh organisasi swasta ataupun kerajaan kononnya yang bahagian pentadbiran tu la yang paling rajin padahal mereka jugak manusia bukannya makhluk berkulit hijau yang datang dari planet galaksi lain sama MALAS jugak .Tidur di tempat kerja di label malas?? padahal dia baru sahaja me rajinkan diri bertungkus lumus bekerja dan dirinya ingin berehat.
Dari sudut pandangan positif pula " Malas " membuatkan seseorang itu dapat berehat dengan tenang dan dengan sifatnya yang malas itu lah dia dapat menyimpan tenaga yang banyak di kala rajin di mana jika rajin dia akan menggunakan semua tenaga beliau ketika bekerja ...

Malas ada buruk dan ada baiknya juga...!!!..
jangan merasakan diri anda itu terlalu rajin
kerana akan ada malasnya juga...
renung-renungkan ........

Tiada ulasan: