Khamis, 10 Februari 2011

Besok Sukan kan???


Cikgu.... esok sukan kan??? jawabku dengan spontan hah!!!...sukan... banyak duit nak buat sukan .. PJ ( pendidikan jasmani ) la ... bukan la sukan.... pertanyaan itu pada hari selasa sedangkan dalam jadual waktu matapelajaran PJ mereka hari khamis .... hari rabu tanya lagi perkara yang sama dengan selamba aku mengangguk dengan longlai..penat turun naik tangga...

Cukup seronok menanti giliran untuk menunjukkan aksi masing-masing tidak kenal erti penat walau bdan cenonet mengalahkan gurunya kalau bab berlari.... hingar -bingar bising menjerit2x....sudah tentu..kalau tak bising bukan bersukan namanya yang terover dan agak di luar kawalan yang teramat sangat hinggakan suara yang bernada A# ini tidak dihirau akan dilayangkan kad merah bermakna beliau tidak akan terlibat dalam aktiviti itu ...duduk termenung dengan muka yang melambangkan kesedihan seorang kanak2x.....tenang seketika si polan yang bikin onar itu tadi dapat dikawal . dan kelas di dalam kawalan yang baik...dengan hati yang sedikit terkesian panggil balik dengan menasihati supaya tidak berkelakuan seperti seekor monyet...jika tidak terpaksa la disedekahkan sekehan di kepala level 2.. ( rasanya kalau cikgu2x dulu main penampar jer kot..)

Semangat cukup semangat sehingga pasukan lawan pun kena sokong jugak.. tiada erti musuh dalam kegembiraan mereka bertanding.. tidak akan di hirau jika merasakan diri mereka sudah melanggar peraturan permainan asalkan puas bermain...

Balik dengan hati yang riang ria dan bau peluh yang tengik ke dalam kelas terima lah hakikatnya wahai guru mata pelajaran yang seterusnya...kahkahkahkah... ... dunia kanak2x.. walau bermain tanah dan pasir sudah cukup menggembirakan bagi mereka....

ketika sedang dalam proses menerbitkan entri ini
di luar sana hujan begitu lebat sehingga tak nampak bangunan
yang selalu menjadi tatapan di kala petang!!!..

mungkinkah Banjir ke-2 akan melanda

2 ulasan:

Cik SHiNJU berkata...

Uiks...nak banjir smula ker?
Zaman skolah dulu koi suka PJ gak..
Masuk kelas jek rimas ngn peluh n bau peluh..huhuh

Mr V berkata...

hujan lebat kejap jer...sekarang lagi la budak2x kene pakai baju2 pendidikan jasmani sampai balik rumah..cikgu lagi suka pakai baju T kolar hehe