Dah jam 2.29 pagi baru nak merehatkan badan setelah penat memandu dari kampung hala
man kembali ke ibu kota Johor Bahru. kesesakan lalu lintas sepanjang perjalanan di selangi kepandaian dan kemahiran yang tak terhingga... gatal tangan nak memulas stereng menghala ke kuala pilah dan jika ikut jalan biasa menghala ke segamat dah tentu sampai dalam pukul 9 malam.. dan kesesakkan lalu lintas tersebut telah melambatkan perjalanan yang membosankan balik kerja jer bosan balik kampung laju semacam!!!..
menceritakan kembali perjalanan pulang ke kotaraya hajat nak bergerak seawal yang mungkin tetapi kalau tido jam 5 pagi berborak punya pasal dan terbangunnya jam 1.00 petang dan akhirnya bertolak dari kampung jam 3 petang . Selepas isi minyak memikir nak ikut jalan mana?? seremban??, Mersing?? ,Segamat?? arghhh nekad ikut lah seremban konon nak perjalanan lancar la tetapi lain pulak jadinya tak pasal2x kat kawasan batu kikir jambatan bosi dah sesak dengan kenderaan ke seremban rupanye sampai ke kuala pilah ..seremban?? lagi la teruk agaknya selepas puas mengekori kereta
yang berasak-asak terus la aku buat pusingan U di tempat yang tidak sepatutnya wahahaha...terus menghala ke tampin dengan muka konfiden melalui jalan yang berbukit-bukit dah macam bawak jeep zaman komunis kiri kanan hutan takut kene ambush jerrr hahaha.. dari pekan ke pekan di lalui dengan harapan akan bertemu dengan signboard lebuhraya PLUS dan di pekan tampin penentu segalanya wahahahahhaa.....puas rasa walau sedikit pening dengan jalan yang ubah sana ,ubah sini layan jer la..dan di plaza tol sesak lagi ade la dalam 4 Km rasenye...layan lagi.. dan sepanjang perjalanan sesak memanjang dah sampai pukul 12.45 pagi dan betul2x punya sampai rumah jam 2 pagi sebab sempat layan perlawanan bola sepak di antara chelsea dan liverpool...
gong xi fa cai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan