beliau memanggil anjing peliharaannya yang beliau tinggalkan di ladang tugasnya hanya menjaga ladang tersebut dari ancaman babi hutan, babi hutan sering merosakkan tanaman penduduk kampung. Terdengar lolongan anjing ” ha ada pun ingat dah mati tadi... si hitam menghampiri tok puyang dengan ekor yang bergerak-gerak mungkin terlalu seronok kerana baru satu malam di tinggalkan tuannya. Keadaan riuh rendah oleh kicauan burung di ladangnya tidak dihiraukan dia terus meronda di kawasan ladangnya yang seluas 5 ekar ,terdeti
k dalam hatinya tanaman apa yang akan diusahakan selepas ini kelapa sawit atau getah?. Sambil beliau berjalan memerhati pokok kayu ubi yang ingin di cabut ” ha tu boleh buat makanan untuk malam ni” terbongkok-bongkok beliau menyelak daun-daun ubi kayu untuk mencabut pokok... woof!!!..wooff!!.. ” aishh!!.. menyaksek..( aishh bising la) terhenti seketika beliau untuk mencabut ubi kayu. Si hitam tak henti-henti menyalak ke arah hutan ,kicauan burung bertambah bising lagi seolah takut ada yang terbang ke sana sini.. tok puyang tercegat di situ dengan pandangannya tajam ke arah kawasan hutan yang berdekatan dengan ladangnya.. si hitam masih lagi menyalak kadang meluru ke arah hutan dan patah balik ke arah tok puyang. Terkumat kamit mulut tok puyang m
embacakan jampi serapah. Hembusan angin begitu kuat menerpa ke arahnya tetapi beliau tetap berdiri teguh menghabiskan beberapa rangkap jampi serapah yang segar dalam ingatannya setelah itu beliau duduk mencangkung dan tangan kiri di hala ke depan dan jari jemari di keraskan seolah-olah kekejangan. Lalu beliau mencakar tanah menghala ke arahnya dan mengenggam dan dengan perlahan-lahan tok puyang berdiri sambil menabur tanah yang di gengamnya tadi mengikut arah angin. Tok puyang menarik nafas lega kerana benda yang menjadi kemusykilannya tadi rupa-rupanya tadi ialah harimau peliharaannya .gagah langkahnya menuju tok puyang sambil menjilat-jilat misai.. ” engkom makam apem tadim ?” ( engkau makan apa tadi) tok puyang bergurau dengan harimau peliharaannya ,merapati tok puyang dengan mengesel badannya . Si hitam yang tadi lantang menyalak terdiam sambil melihat gelagat tok
puyang dan harimau peliharaannya. Terdetik seketika ketika beliau mula-mula mendapatkan harimau peliharaannya kira-kira 20 tahun yang lepas,ketika itu beliau mula mempelajari ilmu penunduk haiwan dan dugaannya ialah seekor harimau. Segala ilmu yang di perturunkan oleh ayahnya dahulu menjadi kegunaan sehingga sekarang Cuma beberapa ilmu sahaja beliau dapat melalui mimpi kerana beliau terjumpa benda yang aneh ketika mencari damar di dalam hutan ,oleh kerana benda aneh itu dia terlantar sakit hingga 2 minggu ,mungkin tidak tahan dengan dugaan dan selalu di singgahi mimpi yang pelik dan sakitnya sembuh dengan sendiri hinggakan ayahnya seorang bomoh tidak dapat menyembuhkan penyakitnya apatah lagi ubat hospital. Sehinggalah badannya dan juga jiwanya cukup kuat untuk menerima ujian itu barulah sembuh seperti biasa dan ilmunya melebihi arwah ayahnya. Dan kerana ilmunya itu beliau mengubati orang lain dan agak terkenal juga di kampung-kampung lain yang ingin mendaptkan khidmatnya. Tetapi ada juga yang tidak baik tentang ilmu yang di miliki itu di mana isteri pertamanya mati ketika mengandung anak pertama begitu juga anak dengan isteri keduanya yang mana anak sulungnya juga mati dalam buaian angkara permainan uji menguji ilmu ,beliau dapat menepis ilmu tersebut tetapi anak dalam buaiannya mati angkara pelesit tok puyang yang lain..
2 ulasan:
fuiyooo..bela rimau malaya tu..
hebat owhhh..
nak di jadikan cerita orang dulu2x..hebat2x..bukan setakat harimau malaya jerr..hahaa
Catat Ulasan