Selasa, 11 Januari 2011

Tok Puyang ( Bahagian 1 )

Tok Puyang merupakan cerita rekaan aku tetapi aku menggarapkan kesemua cerita benar yang pernah aku dengar dulu mengenai kehidupan tok puyang . tok puyang sebenarnya ber
maksud tok pawang. Tok Puyang adalah seorang yang mempunyai kelebihan dari segi ilmu kebatinan. silakan membaca...hehe...

Duduknya seorang diri di sebuah rumah beratapkan nipah ,berlantaikan buluh ,berdindingkan kulit kayu hutan. Kehidupannya seperti penduduk kampung yang lain pagi ke kebun getah ,petang ke ladang dan ada masanya mencari damar untuk di jual kepada peraih dari pekan yang berdekatan. Malamnya hanya duduk di depan pintu sambil mulut terkumat-kamit mengunyah sirih. Di benak hatinya masih lagi terkenang akan arwah isterinya yang telah meninggal dunia 10 tahun lepas angkara permainan menguji ilmu dari lawannya yang terkena pada isterinya. Jiwa kesunyian terus menebal kerana anak-anak jantannya sudah berhijrah ke Bandar untuk

mencari pekerjaan yang lebih terjamin, ladangnya memang banyak tapi tak larat di usahakan seorang diri ,adakala anak angkatnya membantu urusan di ladang.

“ oooo tok puyang!!!” hek nok…( kat sini) halus sahutannya mungkin saja lamunan tentang kisah hidup yang diceritakan oleh hatinya terganggu oleh sahutan yang kuat dari belakang rumahnya..

Manday der?? ( apa hal nya…) orang yang memanggilnya tadi tidak kelihatan jasad nya dalam kepekatan malam...

Terpana seketika ...dalam hatinya berkata ” tak habis2x dia nak menguji aku” .... besok tidur kat do oh la ( do oh = ladang). Jam sudah menunjukkan jam 3 pagi dirinya sudah menjejak ke alam mimpi tetapi di kejutkan lagi dengan ujian kali kedua. Kali ini rumah beliau pula yang menjadi mangsa ,bagai nak runtuh kerana goncangan yang teramat kuat .terjaga seketika dengan reaksi yang biasa beliau mengambil air botol di tepi tempat tidurnya lalu membaca sedikit jampi serapah dan meminum sedikit lalu meludahkan sedikit tapak tangan di usap satu badan lalu menghentak tangannya ke lantai buluh rumahnya dengan berkata ” diam lah aku nak tidur” baru lah reda gangguan sebentar tadi...hampir 10 minit beliau termenung di tempat tidurnya mengenai gangguan yang dialami sebentar tadi ,angkara siapa lah semua ni.. ketika beliau sedang termenung kedengaran suara belalang pelesit ” datang pun ...” katanya ,sambil terkumat-kamit membaca jampi mentera dan terus menyambung tidur.. sesudah ia melelapkan mata bunyi belalang pelesit itu tadi semakin kuat dan terus terbang entah ke mana... ( sebenarnya belalang pelesit tu pengintip kepada tok puyang segala perkara tentang gangguan tadi akan di beritahu dalam mimpi tok puyang.

Pagi sudah menjelma kesejukan merayap hingga ke tulang ,tubuh tua yang masih bersemangat berjalan menuju ke perigi di belakang rumah. ”uiii sejuk betul air ni” katanya..terlihat akan kedut-kedut di mukanya yang sudah berusia 75 tahun dalam kejernihan air telaga .

Bersiap-siap lah beliau untuk ke ladang dengan membawa bekalan seperti susu,beras,gula dan garam kelengkapannya untuk 4 hari di sana . Gagah langkahnya menyusur jalan kampung dari rumah ke rumah ” ti gon tok puyang?” ” ga loh tet do oh ” ( pergi mana tuk puyang ?) ( nak pergi ladang) setelah 3 kilometer dia berjalan akhirnya sampai di rumah sementara beliau yang terletak di tengah-tengah ladang. Bunyian hutan yang merdu membuatkan jiwanya tenang. Teringat akan mimpi yang beliau alami mengenai gangguan malam semalam dan alamat mimpinya ialah bukan kerja musuhnya tetapi benda yang masih dalam usahanya untuk mendapatkan. Teringat akan kisahnya dulu ketika kemaruk mendapatkan benda itu . hingga berminggu beliau di hutan hanya kerana ingin mendapatkan makhluk itu. Tidak menjelma di depan mata kadangkala menjelma dalam mimpinya. Gangguan malam tadi dia merasakan makhluk itu semakin jinak untuk di dimiliki. Mana anjing aku ni??... hitam!!!... hitam!!... bergema suara

Bersambung...........

2 ulasan:

Cik SHiNJU berkata...

adehh...saspen la..
bila sambungannye?

OrangTasek berkata...

besok sambungannye..hehe..rileks jangan saspen dulu