Jumaat, 26 November 2010

Cuti-cuti Sunat @ Khatan (dulu punya cerita)


woiii bangun nak potong burung!!!!!... jeritan yang mengejutkan aku dari tidur.. ketika itu aku berusia 12 tahun ( tak salah la ingat2x lupa) .Sehari sebelum kejadian hidup tak keruan.. mengenangkan nasib diri dan
si dia isshhhh rasa mcm nak lari jer.Tapi 3 hari kenduri beb antara kenduri yang terbesar pernah diadakan oleh keluargaku bersama seda
ra mara yang lain. " apa kata masa mandi tu kita berenang jauh2x dan lari terus ?" kata sepupuku, aku dan seorang lagi sedaraku mengiyakan saje apa yang di cadangkan.Tapi selepas itu semua termenung dan sudah tiba lah acara menyembah ( kalau adat menyembah ni bagi orang semelai mau kematu bontot duk bersila sampai 2 jam ) adat menyembah bukanlah bermaksud menyembah berhala ke hape ke..
walau orang semelai ni kebanyakkannya free thinker mereka tidak mengamalkan ritual menyembah sesuatu yang dianggap tuhan .Dari kecik sudah di ajarkan mengenai Tuhan itu satu tiada dua atau tiga. oleh sebab itu setiap jampi dimulakan dengan ucapan bismillah terlebih dahulu dan di sudahi dengan kata-kata pujian kepada Allah dan Nabi Muhammad ( maaflah jika ada yang tersinggung kerana sudah zahirnya begitu) .
Sambung balik cerita pasal sunat tadi
dah adat menyembah bermaksud di persembahkan barang seperti makanan berkat ( iaitu pulut kuning ) dengan 5 telur ayam di tepinya (gambar)
yang bermaksud sistem perundangan dalam adat semelai iaitu Tok Batin ,Puyang@ pawang ,mentri ,pemangku dan jurukerah
perhiasan yang dinamakan Ketopong @ tengkolok

Entri terpaksa disambung lain kali...yerr...ada masalah sikit..

Tiada ulasan: