Tinggal gambar sahaja..... kerana heli no doh tak musing lagi...kisahnya petang semalam ketika seronok menerbangkannya dengan ketinggian yang tak berapa lah tinggi sangat tetibe sahaja hilang kawalan dan naik dengan begitu tinggi kebetulan pulak angin bertiup kencang tanpa diduga akhirnya...jatuh menjunam terus sangkur diatas pokok...semalam heli ni bermalam diatas pokok..nasib la ada insan yang baik hati menawarkan diri memanjat pokok tersebut pada keesokkan harinya... setelah dibelek2x tiada yang patah ataupun bengkok...fuhhh lega hati..setelah bateri di cas...ujian terbang tidak berjaya kerana enjin 1 tidak berfungsi dan ada sedikit kerosakan pada gear pemutar kipas..aduiiii...rest in peace la jawabnye..
kerangka utama
kerangka utama dari view yang berlainan
Main rotor ( kipas utama )
Tail rotor ( kipas belakang)
terpaksa lah mengeluarkan sedikit duit poket untuk membeli spare part komponen yang rosak.....ni yang tak sedap dengar..nie...jawabnye cuti la ..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan