Isnin, 5 Julai 2010

JUBA Episod ke 2

Bersambung kembali cerita pasal Juba Baghdad Sniper.. sniper gerila iraq yang digeruni ini dianggap hero kepada pergerakan anti u.s .Menggunakan kawasan penempatan sebagai tempat operasinya ,dengan mudah menyelinap masuk dan keluar tanpa di ketahui. Beliau hanya melepaskan satu tembakan sahaja dan tidak melepaskan tembakan kedua(errmm satu taktik yang bagus "one shot one kill") memang tahap profesionalisme seorang sniper yang tinggi...sabar dan tidak tergesa2x asal dapat membunuh penjajah negaranya...

Juba Baghdad sniper

Ada yang menganggap Juba ni hanyalah hanyalan atau mitos pihak2x tertentu.. kerana mana2x pergerakan kumpulan penentang di iraq tidak menyatakan yang juba adalah anggota diantara mereka. Kini cerita mengenainya senyap begitu sahaja siapakah juba sebenarnya??....
Kita tinggalkan cerita di iraq kita pergi ke sebuah negara yang dilabel sarang pengganas... siapa pengganas sebenarnya.??? cerita mengenai kehebatan gerila sniper di afghanistan juga tidak kurang hebatnya.Kehebatan gerila sniper taliban juga menjadi igauan ngeri bagi setiap anggota tentera british dan juga team sniper british . Gerila sniper taliban ini lah yang berjaya menumpaskan anggota sniper british yang bukan calang2x kehebatannya dalam ilmu penembakan jarak jauh ..di Israel beberapa anggota tentera ,orang awam dan juga paramedic menjadi mangsa sniper hezbullah .Dengan hanya menggunakan sebuah rifle lama iaitu garand buatan amerika yang digunakan ketika perang dunia pertama .Pihak Israel menafikan hezbullah punya angkara kerana taktik sniper itu yang selepas operasi akan meninggalkan kesemua senjatanya di tempat tersebut tidak dapat di kesan dari arah mana ia datang dan pergi.Pihak israel juga mengatakan ianya kerja sniper pembunuh upahan yang dari gerila I.R.A irish republican army ..

Tiada ulasan: