Selasa, 6 Julai 2010

Ada ke Buaya?? krokodil (crocodile)


Setiap kali upload gambor di facebuk...contoh gambar di bawah.. komen yang daripada rakan-rakan yang tak pernah ke tempat sedemikian ialah
  • wow cantiknya.....serius cantik...
  • uiii bestnya bestnyer dorang berkayak kat tasik ( berkayak) DUSHHH!!!!! kayak korok lu!!!..
  • uii!!! seramnya mesti ada anaconda!!! ( memang banyak tapi tak panggil anaconda)haha
  • wow mesti ada buaya ... ada buaya ke?? ( tajuk kepada entri malam ni)
Sememangnya ada buaya tapi buaya dari spesis yang bermuncung panjang tu di panggil jenjulung ( kerbok = buaya "kerbok jenjulung" ) tapi kalau di tempat aku sekarang(tasik bera) tak heboh cerita pasal orang kena baham dek buaya.. bukannye takde buaya ada buaya tapi bila orang kecoh nampak buaya takde lah satu kampung gie hambat dengan senapang patah atau jaring untuk menangkap buaya tu... 'biar la dorang pun nak hidup gak ...dah sumpah kat tasik tu dorang tak boleh makan manusia" cerita mengenai sumpah ni ada jugak korek sikit2x cerita dengan tuk wan(nenek) aku mengenai seekor buaya yang boleh dianggap lagenda di tasik bera tu iaitu Seri Tasek . Ada yang menceritakan seri tasek ni ialah jelmaan dari manusia ( yer la orang dulu2x ni suka menuntut ilmu2x mcm tu..mungkin tahap pertapaan beliau hingga jadi buaya,ada yang jadi harimau ada yang jadi ular...) cerita mengenai sri tasek ni beliau ni raja kepada semua buaya di tasik bera dan mungkin ada sebab beliau dan sumpahan buaya di tasik bera tidak memakan daging manusia ...Penghuni lubuk sanglang kecil ( ada 2 lubuk sanglang kecil,dan sanglang besar) tetap berada di situ hingga ke hari ini ( mungkin mitos atau dongeng) beliau menjaga lubuk itu kerana takut buaya dari sungai pahang akan masuk ke tasik bera dan menganggu manusia . Pernah berlaku satu cerita buaya dari sungai pahang yang datang mencabar beliau mati dengan satu libasan sahaja .Cerita ni tak lah sepopular cerita buaya bujang senang ...
Cerita lain2x mengenai buaya di tasik bera ni ... Puyang (Pawang) pernah menangkap seekor buaya dengan ilmunya tersendiri ...dan di rantai di sebuah tempat .mengikut cerita buaya ni memang la besar sangat tapi dilepaskan begitu saja.. ( Cerita ayah mase dia kecik dulu pernah jaring yang di pasang terkena seekor buaya apa lagi ambik la jual kat cina )
menyusur lubuk dengan menggunakan perahu jalur ( perahu tradisional) memang la amat menyeramkan mengikut pengalaman yang dah banyak kali memang la amat menyeramkan tambah-tambah lagi ikut lubuk yang terkenal dengan cerita-cerita kemunculan makhluk2x super duper besar...

ha ni dia buaya yang ada di tasik bera di panggil jenjulung atau nama saintifiknya
Tomistoma schlegelii
ada orang kampung yang menyimpan tengkorak buaya jenjulung yang besar dirumahnya ...cuma si penangkap tu dah lama meninggal. pewarisnya ada tak simpan lagi tengkorak buaya nie...nanti boleh share kat blog nie... besar tengkorak tu lebih kurang si minah salleh tu pegang la...

Cerita sang buaya ini tidak pernah
terhenti dari membasahi lidah dan bibir sang pencerita
seganas,serakus mana pun sang buaya
pelihara la ia agar generasi
akan datang mengenali
apa itu buaya...bagaimana rupa buaya...
sang buaya darat cepat2x la insaf... Hasil nukilan jam 12.00-12.49




2 ulasan:

mazru berkata...

share jgn x share weh...tak sabor nunggu...

buaye nyulung..buaye ni makan ikan je.

OrangTasek berkata...

harap2x koi dapat ambek gambor tengkorak buaye nyulung ter..