Khamis, 24 Jun 2010

Sejauh Mana Semangat Aku Untuk Mempertahankan Adat Warisan Semelai

Pasir di pantai boleh berubah...
Dulu buat pondok atas pokok...
Sekarang duk apartmen,kondominium
Dulu layan Public phone
sekarang handphone sampai 4 biji (bukan aku)
nak layan internet duk berjam2x kat CC
sekarang laptop murah ...broadband pun ade..

Yang diatas tu sebagai kiasan tentang apa yang aku nak ceritakan. Sejauh mana semangat nak mempertahankan warisan adat budaya semelai ... Bila orang tanya " awak ni orang apa?? melayu ke cina ?? jawab aku..." saya orang semelai!!.." Semelai!! apa tu bangsa apa tu?? nak tau search kat internet nak cerita kat sini belum tentu ko tau segalanyer ahahha...tak pun join group facebook Rakan Semelai hehhe...
Dulunya diri ni mengagungkan budaya luar tapi sekarang aku sudah mulai berminat untuk menyelidik tentang bangsa dan budaya bangsa aku sendiri iaitu semelai .... walau mengaku kita ialah orang yang berketurunan bangsa tersebut banyak bende dari sekecil,sehalus kuman kita tak tau.. hendak membukukan segala yang dicatat mungkin akan di laksanakan pada suatu hari nanti ...sedangkan buku2x tentang kisah tersebut sudah dibukukan oleh mat salleh yang bersungguh mempelajari,mengkaji adat budaya ,warisan semelai...


Bila Jalan depan
jangan tak tengok belakang
tempat kita berdiri sebentar tadi
Bila dah berada pada kedudukan yang dibanggakan
jangan lupa melihat kebawah sekali sekala...

Tiada ulasan: