Ahad, 27 Jun 2010

Kisah Misteri Jam 3 Pagi (sambungan)

Sambungan dari cerita yang tak habis diceritakan semalam..
Berlalu sudah saat,minit,jam malam pencarian yang penuh dugaan itu mereka mendapat hasil sebanyak 5 ekor musang .Kepenatan berjalan di dalam kegelapan malam maka mereka kembali ke rumah untuk proses melapah daging tersebut selalunya selepas melapah mungkin akan disalai dulu atau dagingnya di bahagikan kepada sesiapa yang boleh makan la.... musang yang pertama akan dilapah... cerbuk!!!! bunyi tusukan pisau yang menikam perut musang ...termanggu seketika kehairanan mula meliputi pemikiran.... kenapa langsung takde darah??? tanpa mempedulikan apa yang berlaku terus melapah hingga musang yang ke 4 perkara yang sama juga berlaku.. dan akhirnya musang yang kelima.... baru sedikit saja tusukan terpancut sedikit darah mcm belon yang berisi air dicucuk dengan jarum...tusukan yang seterusnya....menyembur darah....habis baju... darah musang tersebut memang banyak umpama darah 5 ekor musang terpaksa lah di simbah dengan air untuk memberi keselesaan kepada si pelapah musang tersebut... tak henti2x darah musang tersebut keluar dari badannya.... ada la jugak dalam 15 minit baru lah reda...dengan selamba menegur peristiwa yang dilaluinya..." apa la..4 ekor takde darah yang seekor ni darah dah macam 5 ekor musang ...rakannya hanya terdiam.. sesudah selesai proses melapah masing2x pulang ke rumah... sebab tempat mereka melapah daging2x musang tu di pondok yang terdapat di kebun kelapa sawit mereka.Dalam perjalanan pulang memang dugaan kepada yang menegur peristiwa itu tadi,tiba-tiba sahaja motorsikalnya mati ditengah kegelapan malam(minyak penuh,plug ok) terpaksa lah tolak sampai ke rumah yang sejauh 3km sahaja ketika dalam kesunyian dan kegelapan malam beliau terdengar bunyi tangisan kanak yang datang entah dari mana ..cuba fikir kiri kanan jalan mana ada rumah orang (dalam fikiran sapa yang buang anak) tangisan yang halus tadi bertukar kasar...dan ketika kasar bunyi nya terdengar lah jeritan yang agak membingitkan nak kata orang menjerit tak...mcm bunyi musang menjerit....sah la kene kacau dengan bende nie dalam kelam kabut cepat2x menghidupkan motorsikalnya...adalah dalam 5 kali tendang...last2x tanpa buang masa terpaksa kencing kat tayar depan dan tayar belakang motornya...2 kali try baru boleh hidup balik sambil menghidupakan motornya adalah lah jugak mendengar macam bende yang bergerak dalam semak tepi jalan tu.... tanpa membuang masa terus memecut laju balik ke rumah sampai dirumah ingatkan selamat dah dengar lagi bende yang bergerak dalam semak didepan rumahnya.... tanpa membuang masa masuk rumah terpaksa bakar daun midur (daun yang digunakan untuk menghalau makhluk halus oleh orang semelai) selepas bakar dah mcm ada benda mengeelupur didalam semak ade la dalam 5 minit ...dan berakhir sudah gangguan itu...

dalam hutan mcm2x bende
yang boleh jadi...
setiap binatang bagaikan ade penjaganya...
macam2x cerita pelik2x didengar
dari pemburu2x nie...
ada yang kelakar
ada yang nak tercabut jantung
mendengarnya...

Tiada ulasan: