mengepit rokok daun yang sudah terpadam sempat belia mendongak kedalam rumah melihat jam didinding yang sudah menunjukkan waktu pukul 3 petang.Lalu ia bingkas bangun terus mencapai pakaian untuk kekebun sambil mata tercari-cari dimana anaknya.. Aleng!!!! aleng.... "mana budak nie???.. dapur,bilik takde...petikan gitar diiringi lagu yang popular dicorong radio asyikfm begitu asyik dimainkan sehingga namanya di sebut beberapa kali tidak didengari... "Aleng!!!! eh budak ni tak dengar aku panggil sampai nak sakit tekak aku panggilnya" " ooo apak sory tak dengar" " cepat sikit kita nak masuk kebun lepas nie" dengan nada yang
tegas. Setelah anaknya bersiap mereka teruskan langkah kedestinasi yang dituju.Walaupun dimamah usia belia masih kuat untuk meredah hutan belantara...kalau 5kilometer ulang alik baginya biasa kerana itulah laluannya ketika dizaman kanak-kanak,remaja ,dewasa hinggalah ke tua... semak ke semak anak sungai semuanya diredah dalam perjalanan mereka...niat mereka masuk ke kebun bukannya apa kerana nak tengok jerat mereka mengena atau tidak kerana beberapa hari sebelum ni ketika mereka menebas lalang yang dah paras2x pinggang ternampaklah akan bekas tapak kaki pelanduk nak dijadikan cerita anaknya Aleng mahu mencuba nasib dengan memasang perangkap di denai laluan pelanduk itu.
Bersambung......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan