Sabtu, 7 November 2009

Bila sang Pontianak mengilai

Cengkerik menyanyi dimalam hari ,katak meyahut mahu mengawan...rintik-rintik air secubit menitis dimuka bumi....ermmm dingin menusuk ke tulang... tak jemu memegang batang bertali panjang menunggu ragutan sang pelahap...
ditangan terus membara sebatang rokok...menjadi teman dikala kebosanan.. sahabat yang lain leka dengan batang masing2x ( joran ek) dengan jarak masing-masing 30 meter berpisah tak jemu bertanyakan khabar bagaikan jiran disebelah rumah " dapat ke?? " belum lagi.. unggun api masih lagi membakar dikawasan khemah. Masa dunia menunjukkan jam 3 pagi ,mata masih lagi mau pejam kerana menunggu rentapan sipelahap yang menghuni di lubuk sungai ini. tertiup angin ke arah badan yang mampu membuatkan badan mengigil...masing2x memberikan isyarat kerana masing tau akan petanda itu. diamkan diri dan tunggu apa jadi..masa terus berlalu tiada apa yang berlaku tapi terdengar juga kadang2x ranting2x jatuh bagaikan ada yang hinggap ,tapi biarkan itu sebahagian permainannya... datangnya tak diundang tapi bila ianya tidak berkenan biarkan sahaja...segala persiapan untuk menghalaunya sudah ada..tiada terniat untuk bersemuka dengannya apatah lagi melihat kelibatnya walau samar2x .Bukan sebarangan mau berhadapan dengannya langkah seribu sudah tersedia memulakan langkah... biarkan hanya usikan manja nya ... uuuuuuuuuuuu..........sayu hilaian nya...masing2x terkejut...semua rapat meninggalkan joran masing2x... masing lagi kedengaran akan suaranya...menangis pulak kejap budak nangis kejap perempuan nangis issshhh laaaa..... " woiii diam laaa....." jerit seorang rakan... masih lagi dengar sound effect tersebut...masing2x masuk dalam kereta..duduk diam2x...dia goncang pulak...alahai layan la.. rakan bersuara..." ala tak cukup kuat goyangnye...sambil memejam mata....yang lain berdekah ketawa dalam ketakutan..sehingga jam 5 pagi masing2x dah tertidur didalam kereta..nak keluar ehehhee mintak maaf tunggulah fajar menjelma... ketika sudah terang benderang...masing2x bangun...bila diceritakan kembali masing2x ketawa..
ermmm layan lerrr.... bukan senang nak dilayan macam tu walau dah 5 kali berkunjung ke situ..

pengalaman....


Tiada ulasan: