Khamis, 14 Mei 2009

Misteri Tasik Bera

   Misteri tasek bera yang menjadi buah mulut masyarakat setempat pada zaman dulu hingga sekarang.

1.     Kalau berada di kawasan yang dinamakan keruing iaitu dikawasan resort ada beberapa perkataan yang tidak boleh disebut iaitu gemuk atau dalam bahasa semelai bermaksud lemak ( lemak dari pokok keruing ) ada kaitan dengan kejadian asal usul tasik bera.

2.   Di kawasan Tasik perkataan seperti Toman atau sebutan semelai Tuman tidak boleh disebut kalau masyarakat semelai ada sebutannya sendiri bagi menggantikan nama tersebut. Tukwan ( nenek)  dan satu lagi sebutan ialah Cuk atau ( cucu) kaitan 2 perkataan ini ialah ada sebab dengan kejadian tasik bera tapi semua tu dulu. Sekarang dah tiada apa nak ditakutkan lagi bak kata semelainya dah cabuh atau kurang berkesan kalau dulu sebut jer habis la memang hujan lebat , petir, ribut tak selamat la jawabnya .  

3.   Lubang ular .Ada beberapa tempat yang misteri di kawasan tasik bera ni macam cerita lubang ular macam disatu tempat di pos iskandar ada satu lubang yang ditutup dengan tong dram iaitu di kawasan jeti tapi sekarang ni dah takde dah... orang tua kata lubang tu tembus ke tasik chini..Ular ataupun naga tu mengikut cerita orang sepanjang 6 kilometer panjangnya huhuhuhu...berapa biji bereta dia boleh telan sekali sedut..

4.   Pulau Buntar . Pulau yang paling angker... pulau yang paling misteri ,cerita mengenainya ialah kawasan dimana seorang pemuda pada zaman dahulu membunuh ular besar yang telah mengorbankan abangnya dikawasan  pulau dengan menggunakan kayu yang tajam dan dikatakan kayu tersebut masih ada sehingga kini.tersebut tapi dinasihatkan jangan sesekali ke tempat tu..tempat jin banyak tu..

5.    kawasan berpasir lokasi tak tau kat mana... tempat ni memang syok untuk mandi menurut cerita nenek la... air bersih dan sejuk ,tapi kawasan cetek tu..anytime jer boleh jadi dalam airnya sebabnya kerana bising jer...perghhh..

6.   Pekadi kampung lama seberang pos iskandar yang misterinya anda akan nampak perbezaan bila sampai kawasan itu ialah airnya yang jernih dan di kawasan tasik airnya hitam . misteri ke?

7.    Kampung datuk .kawasan penempatan lama  semelai sebelum darurat ada satu tempat yang ada cerita berkaitan dengan sang kelembai.

8.   Tembangau atau dalam sebutannya temanger tak boleh sebut cho ( anjing ) dalam bahasa semelai tapi disebut penebor  ketika dulunya kawasan yang paling angker jugak... kerana dikatakan nenek dan cucu yang lari dari air yang mengejar mereka ketika kejadian tasek bera.

9.   kisah ikan yang bersambung dibahagian ekor. Kisahnya salah seorang penduduk setempat yang menangkap ikan dan ikan tersebut bersambung dibahagian ekor ..kembar siam . seorang photographer mengambil gambar tapi bila dah cuci gambar ikan takde pun.

10.   kisah naga bersisik emas. Kisah pada zaman datuk dulu yang ada orang yang menangkap naga yang bersisik emas .

11.kisah ular besar atau penduduk setempat mengelarnya nagak ( naga) heboh dalam tahun 90an sebab ramai yang nampak dia menjelmakan diri  semasa banjir.

 

 

Tiada ulasan: