Jumaat, 8 Mei 2009

Berbelian cara perubatan semelai

Berbelian cara perubatan semelai yang masih di praktikkan sehingga hari ini. Kaedah perubatan ini di gunakan untuk beberapa penyakit yang berkaitan dengan benda-benda halus atau penyakit biasa yang lambat nak sembuh. Upacara perubatan ini dijalankan pada waktu malam antara jam 12 malam dan 1 pagi ikut pada puyang yang mengetuai upacara berbelian nak mulakan pukul berapa.
mereka yang terlibat dalam upacara perubatan ini ialah
  1. Puyang ( atau  bomoh)
  2. Tarun   ( pemain  rebana/ penunjuk arah kepada puyang
  3. Tarun 2 ( pemain  rebana/ backup musician 
upacara berbelian ini dimulakan dengan membakar kemenyan atau kijai .Pesakit akan berbaring dan salah seorang ahli keluarga pesakit akan membakar kemenyan atau kijai .Paluan rebana akan dimulakan oleh tarun dengan irama yang bermaksud seruan kepada bayang-bayang ( Roh ) pesakit dalam upacara ini ada 3 peringkat dan setiap peringkat mengambil masa yang lama dan singkat bergantung pada paluan rebana tarun yang membawa perjalanan puyang ke arah mana . Tarun memainkan peranan paling penting dalam upacara ini kerana setiap irama yang di mainkan di nyanyikan oleh Puyang dengan bahasa yang kurang jelas dan tidak berapa difahami. Telagak Bulan salah satu destinasi yang tak semua mereka yang berstatus tarun boleh bawak ketika ini irama dan pukulan rebana sudah lain begitu juga dengan nyanyian puyang. Cuma ada seorang sahaja tarun yang boleh membawa puyang ke telaga bulan,Tapi tarun ni dah meninggal .kebanyakan puyang yang sampai ke telagak bulan ni tak tahan dengan keadaan tempat ni ada juga puyang yang jatuh sakit selepas selesai upacara nie. Peringkat yang terakhir ialah seruan kepada mahluk halus seperti matianak ( pontianak) dan Pakrek . setiap yang menghadiri upacara berbelian adalah dilarang sama sekali meninggalkan kawasan upacara sebelum tamat upacara ini.kerana akan berlaku perkara yang tidak di ingini berlaku

Tiada ulasan: