Kisah yang terjadi dan pernah aku alami dengan perasaan pelik dan seperti tidak percaya apa yang aku lihat. Ianya berlaku pada tahun 1998 ketika aku masih lagi berstatus sebagai seorang pelajar sekolah menengah .Ceritanya begini ,Jam sudah menunjukkan jam 11 malam dan aku ketika itu sedang tekun ulangkaji yer la tak lama lagi SPM walaupun tahun depan kena la bersedia awal....rajin la konon .Panggilan pertiwi membuatkan aku terpaksa menghentikan ulangkaji buat sementara waktu. Dengan arahan menyiasat reban ayam di belakang rumah yang riuh rendah paham2x la ada beberapa ekor ayam yang tengah berpantang ( bertelur) dan macam biasa la kalau dah bertelur riuh sekampung. Arahan dari Pen Kem Komandan terpaksa di turutkan memandangkan 1 orang sarjan dan koperal tidak dapat menjalankan tugas kerana malas hehhe... terfikir sejenak akan cerita yang heboh kebelakangan ni mengenai manusia-manusia yang terjumpa akan toyol "asudah toyol nak curi telur ayam ni" terus mencari lampu
suluh sebagai teman dalam kegelapan malam. Kepekatan malam agak mengecutkan semangat aku di campur pula dengan kisah-kisah yang aku teringat. Dengan berfikir mungkin saja kucing terbiar yang cuba mengendap masuk dan memakan ayam ataupun ular barangkali .Selangkah aku
meninggalkan pintu belakang rumah makin kuat pulak ayam ni berbunyi .( jarak reban dari rumah tak jauh mana pun ada la dalam 20 langkah lelaki dewasa... sambil berjalan tanpa suluhan lampu suluh kerana terangnya cahaya bulan membuatkan langkah aku semakin yakin menerobos gelapnya malam. Sambil menyelusuri kawasan yang berpagarkan jaring hijau aku terkejut kerana kakiku di langgar dari sebelah kanan oleh sesuatu benda dan dan terlihatlah susuk tubuh seperti manusia berkepala,tangan dan kaki berlari ke arah pohon sireh tapi pendek sangat mana tak pendek lutut aku lagi tinggi dari tingginya budak botak tu dah la badan gelap dan dengan cahaya terang bulan menampakkan lagi aku dengan makhluk itu yang entah apa tah. menggaru kepala seketika dengan apa yang aku lihat tu.. dalam hati confirm toyol kot..cuba suluh dikawasan pohon sireh tadi takde apa pun...haiyaaa confirm la toyol..ish..ish..ish...kaki aku kena langgar lari dengan toyol daa...
Seram ?? hehehe..
secara automatik akan bersilat dengan jurus ke berapa ntah kalau di serang oleh bayang hitam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan