Khamis, 27 Oktober 2011

Tonkeng Ayam Masak Kicap

Bahan-bahan
  • tonkeng ayam beli kat Tesco RM3.40
  • kicap jalen ( manis)
  • bawang besar
  • Minyak masak ??? ape tah lupe nama..
  • pisau untuk potong bawang
  • kuali untuk memasak
  • dapur gas sebelah boleh nyala api sebelah tak boleh..
  • tong gas yang berisi gas 
  • secukup rasa 
Langkah-langkah memasak
  1. Potong bawang berbentuk bintang dah lempar ke udara  selama 3 minit setengah sambil nyanyi lagu najwa latif cinta muka buku ..potong bawang macam biase lerrr
  2. basuh dulu tongkeng tersebut...anda harus maklum yerr kerana ayam tak basuh buntutnya selepas berak..uwerkkhhhh!!!!
  3. sediakan kuali ,tuangkan minyak masak yer bukan petrol atau diesel nanti susah pulak hospital time-time cuti perayaan ni kene kerja ..kalau berani pastikan anda memakai sut yang di gunakan oleh skuad pemusnah bom boleh telefon Inspektor Zamani Kassim untuk tujuan pinjaman suit tersebut
  4. Tuangkan minyak tadi ke dalam kuali cap buaya hasil belian dari penjual barang-barang dapur ... sesudah minyak nampak mendidih 
  5. Masukkan terus bawang yang sudah di potong ke dalam kuali yang minyaknya panas 
  6. Goreng dulu bawang sehingga naik aroma yang memukau jiwa dan perasaan ( sambil membebel bagi para isteri bebelan anda haruslah berkaitan hal rumah tangga seperti penat basuh kain mop lantai  layan suami ,layan anak dan bagi si bujang pula bukan bebelan yerr...anda harus bersedih dan kecewa  kerana tak-kawin2x lagi dan sambil mengingati pesanan mak anda " Kawen cepat nak oi!!!"
  7. masukkan serbuk secukup rasa ....jangan masukkan serbuk pencuci pulak!!!..
  8. goreng sehingga anda rasa perlu jangan sampai hangus
  9. Masukkan pula tongkeng ayam sambil menyumpah seranah " aku ku gigit buntutmu itu!!!"
  10. Gaul la dalam 5-8 minit ikut keadaan untuk nak betul-betul masak 24jam kahkahkah...
  11. sesudah nampak masak dan ranum tongkeng tersebut maka tuangkan kicap jalen tadi ke dalam masakkan anda ...gau sehingga sebati dan ton warna kicap tadi kelihatan..
  12. tutup gas dan cari mangkuk dan transferkan tonkeng ayam masak kicap tadi ke mangkuk tersebut.
  13. cadangan hidang cari kertas A4 dan koyakkan menjadi kepingan kertas yang kecil dan tulis "tongkeng ayam spesial masak kicap aku yang masak tau" 
  14. makan dengan nasi
  15. dah makan basuh pinggan 
  16. dah basuh pinggan kemas meja makan ...jangan biarkan berselerak 
  17. sambung balik nengok komputer 
  18. lepas tu aku tulis dalam blog OrangTasek berkenaan tonkeng ayam masak kicap...
  19. isap rokok
  20. batuk
  21. ingat tak lama lagi mati la aku...kahkahkahkah!!!!

Tiada ulasan: