Nyanyian secara berkumpulan beramai-ramai bilangan yang melebihi dari 6 ke 10 orang tapi tidak di selangi dengan tarian yang tangan menunjuk bintang di langit serta mengusap kepala macam orang kena migrain contoh KePoP yang menjadi kegilaan ramai anak muda...kesian gila..haha. Bila lagu raya di koirkan??.. nak cerita sikit pasal projek yang diberi pada aku iaitu melatih group koir tangkap muat .Objektifnya ialah menyanyikan lagu-lagu raya di sebuah majlis pada minggu depan.
Tugas aku sebagai guru yang membimbing mereka terpaksa aku teruskan dengan rela. Hari pertama membiarkan mereka menyanyi dengan penuh muka riak dan confirm suara sedap yer la sebab takde lagi minus one..dan setelah aku menggunakan kebijaksanaan untuk mencari lagu-lgu minus one di sebuah laman web yang memaparkan video-video heheh record dan dengan misi biar mereka menyanyi tanpa suara penyanyi asal.
Langkah pertama aku menyiasat penyanyi tangkap muat dulu. Aku buat audition dengan memanggil 2 orang berlainan jantina yer la sebab pemilihan lagu pun lagu duet berkenaan hari raya iaitu "suasana hari raya" dalam kumpulan tersebut ada dalam 20 orang dan ada lagi 4 ke 5 orang nak apply ingin mencuba masuk secara sah. Ada la dalam 8 orang yang aku terpaksa reject pasal nyanyian secara bersajak mereka hehehe...suara flat saje macam takde perasaan nak menyanyi terpaksa la aku reject dan ada yang bergelinang air mata "Hoi!!!!!... ingat ni rancangan realiti tu ke?? .Pengaruh rancangan realiti nyanyian tu la kot... dah tersingkir nak menangis kesian pulak aku tengok..tapi semalam terdengar suara-suara sumbang rupa-rupanya mereka,nak buat macam mana dah terpilih tu terima jer la ,bukannya tak boleh menyanyi tapi suara mereka belum mencapai tahap yang di inginkan. Ada yang dah lepas Audition pun masih lagi merayu-rayu nak test lagi sekali tergelak aku ingat ni ape??..adoi laaa... jadi yang ada ni adalah yang boleh menyanyi dan suara mereka memenuhi citarasa dan padan dengan lagu2x tersebut.
Sekian dan selamat malam.... patutnya buar cerita seram....tapi nanti la nak refresh balik kepala otak dengan cerita-cerita seram..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan