Khamis, 14 Oktober 2010

Macam Belangkas........

Macam Belangkas......bukanlah merujuk kepada pasangan kekasih yang langsung tidak terpisah dan sentiasa ada dimana saja ,berkepit 24 jam, ianya merujuk kepada entri mengenai hidupan laut iaitu belangkas.. sedikit info tentang belangkas.Belangkas ialah sejenis haiwan yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar. Belangkas mudah ditangkap di tepi-tepi pantai kerana tidak menggigit.

Belangkas adalah dari famili Limulidae. Nama saintifik belangkas yang hidup di pinggir pantai ialah tachypleus gigas dan yang ditemui di kawasan paya ialah carcinoscorpius rotundicauda.

Haiwan ini merupakan artropod laut yang bentuk badannya mirip kepada 'ketopong besi' tentera dan juga mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Ia boleh mencapai saiz sehingga 51 cm (20 inci). Mana-mana anggotanya yang putus boleh tumbuh semula dan ia juga mempunyai sistem keimunan yang menakjubkan.

Peribahasa dalam masyarakat Melayu iaitu 'macam belangkas' bermaksud lelaki dan perempuan yang bergerak bersama-sama ke mana-mana sahaja. Kita akan temui belangkas di laut cetek dalam keadaan berdua-dua iaitu seekor jantan dan seekor betina.



Tokey belangkas yang berasal dari Utara....

ini lah belangkas ..budak2x memanggilnya "Predator" pertama kali makan bende ni...terasa seperti terlekat telurnya di tenggorokan...batu mcm tak boleh nak tanggal..mungkin juga ujian pertama bagi mereka yang pertama kali makan belangkas..terus terang cakap memang takde feelll makan bende nie .Senang citer tak sedap hehe..

Tiada ulasan: