Jumaat, 3 September 2010

Balik kampung...The Kisahnya...Johor-Pahang


Cuti bermula dari 4 september 2010 hingga 16 september 2010 .1 minggu lebih bercuti tepat pada jam 12.00 tengahari akan bermulalah perjalanan yang agak memenatkan itu...

Tiba lah hari-hari yang ditunggu-tunggu oleh seorang perantau iaitu pulang/balik ke kampung halaman bertemu dua orang tercinta iaitu Mak dan Bapak,Tukwan ,adik beradik,sepupu sepapat dan sedare mare serta rakan-rakan...

Perjalanan bermula...
Destinasi tujuan ........

Tidak banyak negeri yang dijelajah kerana dua negeri ini berjiran...cuma masuk ke negeri sembilan dan keluar negeri sembilan bergantung pada mood perjalanan...dan juga keadaan trafik..


Kenderaan yang akan digunakan ( lebih kurang la) menempuh perjalanan selama 5-6 jam mematuhi peraturan had laju yang ditetapkan lebuhraya 110km/j jalan persekutuan 80km/j jalan kampung 70km/j kereta dah servis semua dah ok...duit pun ok hehhe...
  • Menyusur megah di Lebuhraya Utara Selatan
  • Bayaran Tol yang pertama RM 2.10 (kempas) / Skudai ambik tiket
  • Mengisi minyak di stesen minyak di kawasan rehat di Kulai bajet dalam Rm30-40
  • Berenti berehat sebentar di R&R machap selama 15 minit-25 minit
  • Keluar ke susur keluar Lebuhraya PLUS Yong Peng Utara / bayaran tol Rm 11.80
  • melalui beberapa pekan sehingga ke bandar Segamat ..ketika sudah melalui bandar segamar bergolak dalam fikiran mahu ikut jalan yang jauh sedikit ke dekat sedikit.. segamat- muadzam atau menuju terus ke gemas ??? kene plan elok sikit nie..
  • singgah dibazar yang berdekatan membeli barang2x untuk dibawa balik...
  • akhirnya sampai sudah..
mintak2x la perjalanan berjalan lancar esok..jangan la jadi apa2x yang tak diingini berlaku..kepada semua pemandu-pemandu malaysia ingatlah orang yang tersayang...
sekarang dah jam 3.45 pagi tak tidur lagi nie..confirm bangun lambat esok hahah...takpe pelan2x jalan janji sampai!!!!...

Selamat hari Raya..dan selamat bercuti

Tiada ulasan: