Isnin, 5 Julai 2010

Tuk Aki Dalam Kenangan

Terkenang akan Arwah Tuk Aki aku (datuk) insan yang sangat aku hormati dan sayangi sanggup bertungkus lumus,memerah keringat untuk kesenangan keluarganya...tuk aki ni memang rajin orangnya dan bukan jenis orang yang penakut...masih ingat lagi kalau aku dan sepupu kalau dalam pukul 2 ke 3 pagi tak tidur dia akan bangun dan sembang sekali hehe..last2x dia yang tidur dulu..paling best kenangan dgn tu aki ketika pergi ke ladang operasi kera dan beruk yang merosakkan tanaman...dia guna senapang aku guna lastik tapi dia tembak bagi takut jer la... aku yang beriya melastik last2x kehabisan batu ...kutip punya kutip ...terkutip la taik si kera tu hampeh... kalau gie berperahu sambil tengok regeng ( kira mcm taut ikan la) tarik punyer tarik kecebur!!!! aku jatuh..ingat lagi memang dalam lubuk tu..samar2x aku tengok perahu dari dalam perahu... tapi tak panik sangat la sebab dah biasa berenang dengan terjun tiruk heheh keadaan lebih kurang macam tu.. berenang ke atas mendekati perahu ..tuk aki ketawa jerr...aduhh aku hampir2x nak mati dah dia boleh ketawa.." tu la aki kata jangan tapi kau degil"... Aki aku ni kalau kat kg ni memang seorang yang berpengaruh la sebab dia ketua kampung@ mentri kat kg gau,post iskandar bera pahang .Mentri ni orang kedua selepas Tok batin dalam adat semelai..banyak sudah jasa beliau pada kampung dari kampung yang dulunya jalan tanah merah ...sekarang jalan tar .. dari malam diterangi pelita dan lampu minyak gasolin kepada elektrik satu saja usaha aki yang dia sendiri tak dapat rasai ialah kemudahan air bersih...aki menghembuskan nafas terakhirnya di hospital kuantan kerana kanser usus dan buah pinggang... walau beliau sakit dia tetap bekerja sanggup mengikat perut nya yang sakit dengan tuala ...mengalas senapang patahnya dan terus la ke ladang ...banyak ilmu yang tak dapat di pelajari dengannya..cuma 1 ilmu sahaja...

Abbas Bin Mentri yassin

tetap dalam kenangan 1939-1998
suatu hari nanti aku akan berjumpa kembali dengan tuk aki bila sampai takdirku
( menitis air mata nie)

Terngiang lagi gurauan dan nasihatnya
ketika di kuburkan wajah beliau tenang dan senyum
bagaikan rela dengan takdirnya...
senyuman manis diwajahnya dan muka nya yang bersih
ketika tiada lagi roh didalam jasadnya
membuatkan aku sebak...
sudah 12 tahun dia meninggalkan kami...
cerita tentangnya tidak bosan kami ceritakan...

1 ulasan:

terokai seni berkata...

waaa kalu cerita nostalgia ni memang syok nih... pengalaman kita tak sama walaupun kekadang latarnya hampir sama... kampung!