Sabtu, 3 Mac 2012

Bangla dan Kucing Oren

    Sedang Berhati-hati memandu di dalam hujan lebat perut terasa sakit hendak melabur...jenuh ku tahan tak tertahan jugak. Tujuan memandu dan meredah hujan lebat tersebut menghantar dua orang kawan kerana ada urusan dengan pihak bank. sesudah aku turunkan mereka di kawasan berhampiran bank tersebut...aku terus menuju ke sebuah stesen minyak yang terletak tidak jauh dari tempat aku turunkan dua orang sahabatku .. 
   Maka masuklah dengan niat dan hajat yang besar ....buka pintu tandas..." Asudahhh jamban cangkung ... penat la macam nie!!!...macam biasalah keluhan seorang lelaki yang lutut tercedera akibat bersukan...sebenarnya aku memang cari jamban duduk jerr bukan apa masa nak pergi tadi lutut sakit balik ....mcm tersangkut gitu tak boleh lurus.
    Terus aku memandu ke stesen minyak yang bersebelahan...dan meletakkan kereta di tempat yang sepatutnya . dengan niat yang sama menyiasat jenis tandas samada duduk atau cangkung....dan berbaloi penantian yang penuh penderitaan ...
     Oraiit dah sudah...keluar dari tandas tersebut dan mencari mesin ATM sebab nak keluarkan duit ...isshhh takde pulak...berselisih dengan seorang warganegar bangladesh yang sedang membawa bungkusan nasi ...nak gie makan kot bangla nie.. pikir punya pikir...aaaaarghhh gie pusat bandar la weiii.... tak jauh pun pusat bandar tu.. kunci di masukkan dan aku menghidupkan enjin kereta ,penghawa dingin dan radio sebagai teman perjalananku ke pusat bandar. memasukkan gear undur ke belakang hehhe ...dan terlihatla budak bangla tadi yang membawa sebungkus nasi itu  tadi memberikan makanan tersebut kepada seekor  anak kucing...berwarna oren ...
    


Ya seekor kucing yang kelaparan sedang rakus memakan makanan yang diberikan ... terhenti sebentar aku ketika hendak mengundurkan kereta dan meletakkan semula tombol gear pada kedudukan bebas tanpa sebarang gear yang boleh mengerakkan kenderaan yang aku pandu ...hehe... dan ketika itulah anak kucing yang kebasahan dan kelaparan mengalihkan pandangannya kepada aku...dengan wajah yang sayu dan pilu...dalam hati aku teragak-agak anak kucing ni sesat kot...pastu mat bangla yang baik hati ni ambik dan bagi makan.... bagus la kalau macam tu...terbela hidup seekor kucing sesat ...kalau tak nyawanya melayang di lenyek kereta atau lori...

Senang nak jadi baik
senang nak jadi jahat..
buat yang terbaik susah
buat yang terjahat senang...

Tiada ulasan: