3 TOL + 1 x isi minyak + 5 jam perjalanan + 2 ratus lebih KM = Pulang ke Kampung
Hajat hati nak balik esok selepas habis kerja...
Tapi larat ke paham2x jer la mengantuk....
Kalau balik esok pun cantik sebab dapat gerak awal dan dapat la jugak menghindarkan diri dari kesibukan dan kesesakan jalan raya....
time nak balik dan berjalan jauh macam-macam pikir selamat ke tak aku sampai??..
jangan la jadi apa-apa pada JJY aku tu.. sebab sebelum ni aku ada post satu entri pasal aku mengalami kemalangan kecil kene geser dengan kereta lain yang mencilok...tambah2x musim perayaan ni perangai pemandu macam2x
Laluan aku esok kalau jadi balik esok la...
- Lebuhraya utara selatan dari JB ke plaza tol Yong Peng Utara tak mboh ikut selatan kena ikut bandor...jem yang amat nnt wehh!!..
- menghala ke segamat di jangka dalam pukul 4 ke 5 di kawasan segamat..kalau perjalanan lancar dan takde traffic jem lerr..
- sesudah melepasi bandar segamat ada dua jalan menghala ke Muadzam Shah,Pahang atau menghala ke Gemas Negeri Sembilan
- kalau ikut muadzam aku tak la terus ke muadzam cuma ikut laluan sahaj dan ada satu simpang ke keratong,bera,bahau ,seremban.. kalau ikut gemas pulak aku akan melalui bandar gemas dan satu simpang menghala ke bahau tapi tak la terus ke bahau ada simpang lagi ke pasir besar dan terus ke kawasan palong lalu jer la palong hee..satu simpang selepas kawasan palong 6 pulak aku akan ke palong 16 hehe ni pun lalu jugak dan lebih kurang 500 meter ada lagi satu simpang menghala ke kawasan felda tembangau ,pahang.. dan sampai lerr...
SELAMAT HARI RAYA.. memandulah berhati-hati ingat nak raya ingat orang yang tersayang.. biarlah mengalir tangisan kegembiraan bukan tangisan pemergian anda..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan