Selasa, 12 Oktober 2010

Tragedi Oktober - Suka Dan Duka


Berkenaan Tarikh 10/10/2010 yang menjadi persoalan dibenak fikiran sekalian manusia yang meraikan tarikh dan merasakan tarikh itu sangat bertuah bagi mereka.Bagi aku ada apa dengan tarikh??... sedangkan aku yang lahir pada tarikh 8/08 pun tidak lah menjadikan tarikh itu sangat bermakna dan beranggapan tarikh itu sangat bertuah pada diriku...aku juga tidak menyambut hari lahir... kerana keluarga kami memang begitu. cuma bersyukur pada Allah kerana masih diberi peluang untuk berjuang dalam hidup di dunia ini.
Berita yang sangat menggemparkan negara dengan 2 per
kara yang diklasifikasikan sebagai suka dan duka. Suka ialah perkahwinan angkasawan negara dan juga beberapa artis yang memilih tarikh itu sebagai hari perkahwinan mereka ..Duka pula ialah tragedi yang meragut 15 nyawa dalam satu kemalangan ngeri yang melibatkan sebuah bas dan kenderaan lain..

Tahniah kepada Angkasawan negara

Takziah kepada keluarga mangsa2x kemalangan ngeri di rembau pada 10/10/2010

Kita sebagai manusia tidak dapat melawan takdir yang telah di tentukanNya.. jadikan segala yang terjadi pada tarikh tersebut adalah satu pengajaran kepada kita..kepada sekalian pemandu sentiasa berhati ketika memandu..jangan jadikan lebuhraya,jalan raya sebagai tempat berakhir dan terhentinya nafas kita..

Tiada ulasan: