Ahad, 10 Oktober 2010

Kisah Misteri ( Kisah kontraktor jambatan)

Kisah mistik dan misteri seorang kontraktor jambatan yang masih lagi belum siap sampai sekarang walau dijadualkan akan siap dalam masa yang terdekat. Kisah ini dikongsi oleh beliau kerana ingin menceritakan pengalamannya bekerja . Risiko bekerja di tempat sebegitu sememangnya ada...ada saja mangsa yang akan menjadi korban sesuatu tempat. Kata orang dulu jika nak buat jambatan merentasi kuala atau sungai dan lain2x..penunggu atau hantu di kawasan itu semuanya ganas2x.. kalau buat jambatan mcm2x ritual yang pelik2x seperti kepala kambing hitam,kepala manusia dan mcm2x lagi..jikalau tidak ditunaikan faham2x la..mcm2x bencana akan berlaku.. mengenai cerita kontraktor pengalam beliau seperti dikejar penanggal hingga membuatkan beliau tido dalam tong drum dan terjumpa orang tua,perempuan bertenggek di tali jambatan .Jika beliau berada di tapak projek...dalam pukul 6 sudah tentu dia akan balik sebab jika sekitar pukul 7 benda2x paranormal akan menjelmakan diri...tambah2x lagi kawasan yang dah tentu tempat tinggal mereka.Beliau juga menceritakan peristiwa aneh seorang pekerja beliau warga bangladesh yang mengadu sakit kepala yang teramatlah sakit yang peliknya bila dibawa ke hospital doktor tidak mengesan apa-apa ketumbuhan sehinggalah peristiwa yang pelik berlaku apabila kepalanya semakin membesar dan akhirnya meletup?? pelik bukan...mcm tak percaya tp itulah penangan penunggu suatu tempat.. cerita yang berikutnya ialah mengenai 2 orang maut dan 2 hilang ...kejadian mereka balik dari tapak projek pada malam hari. Ketika perjalanan pulang ke jeti satu besi yang menghubungkan jambatan tersebut jatuh dan menimpa bot yang melalui kawasan itu 2 orang tidak dijumpai dan 2 orang terbunuh.. satu kisahnya yang agak mengerunkan dan pelik ialah pembinaan sebuah jambatan disebuah negeri diutara .Kejadiannya bergini ketika pekerja sedang membuat piling iaitu memasukkan besi untuk membuat tiang asas jambatan.. 3 besi piling telah dimasukkan setelah petang semuanya balik berehat ,keesokannya semua pekerja terkejut setelah melihat besi piling yang dimasukkan telah terkeluar dan seperti disusun disebelah jentera piling... bermacam-macam peristiwa pelik yang berlaku seperti besi piling yang tak dapat menembusi tanah ...walaupun tanah dikawasan tersebut ialah tanah paya.. sehinggalah mereka memanggil seorang bomoh dan akhirnya tau la apa puncanya lalu disyaratkan mereka menyembelih 2 ekor kambing hitam dan meletakkan kepala kambing hitam disebuah batu..dengan tiba-tiba sahaja muncullah seekor buaya yang tersangatlah besar keluar dari sungai yang berdekatan...merapati tebing sungai dan menjelma menjadi seorang lelaki dan mengambil 2 kepala kambing dan terus masuk kembali ke dalam sungai...


macam2x kisah misteri dalam dunia ni..

Tiada ulasan: