Cerita yang diceritakan oleh tukwan/nenek aku sendiri mengenai kisah seekor ular besar nak letak tajuk apa aku pun tak tau.. cerita yang menjadikan tempat nie menjadi antara tempat paling keramat disuatu kawasan di tasik bera oleh kerana ular besar itu.
Ceritanya bermula begini 2 adik beradik sedang mencari ikan di tebing sungai ,pendapatan mereka pada hari tersebut sangatlah lumayan. Kerana terlalu khusyuk mereka mencari ikan si adik berasa pelik kerana abangnya tidak kelihatan walhal mereka tidak berjauhan ketika mencari ikan...memanggil nama abangnya yang langsung tidak bersahutan .maka ternampak lah olehnya sebuah lubang yang besar .tanpa membuang masa beliau terus masuk kedalam lubang itu ,mungkin saja abangnya ada didalam . Semakin lama semakin kelam dan gelap lubang yang besar itu dan makin sempit hingga beliau terpaksa merangkak didalam air yang penuh dan lumpur serta bau hanyir ular.. bau hanyir ular ?? beliau sudah agak mungkin saja abangnya menjadi mangsa ular besar tersebut.Dengan penuh dendam beliau terus mengekori dan menyusup ke dalam lubang tersebut dengan dendam ingin membunuh ular tersebut selama 3 hari beliau mengekori dan menyusup ke ketika beliau menyusuri lubang tersebut beliau terlihat akan cahaya dari lubang dihadapannya ketika itulah dia mendengar suara orang kampung dan bunyi ayam denak/ayam hutan sedang mengais mencari makanan . Dengan menggunakan keris yang dibawanya dia terus mengorek dan keluar dari lubang tersebut ..orang kampung kehairanan dan beliau menceritakan segalanya kepada orang kampung . Dengan bantuan orang kampung mereka mencari batang kayu yang panjang yang telah ditajamkan setelah sarang ular itu berjaya dikesan maka dia dan orang kampung serta merta menikam ke arah lubang dengan cara memasakkan kayu2x tajam tersebut terus ke sarang ular tersebut .Si adik dan beberapa orang kampung turun ke dalam lubang tersebut untuk memastikan ular tersebut mati ,dan dengan itu maka terlaksana lah sudah dendamnya ke atas kematian abangnya yang menjadi ular tersebut. tempat itu ialah pulau buntar iaitu dikawasan persona lake resort mengikut cerita orang dulu2x.. kawasan pulau buntar adalah kawasan yang paling keras dan keramat di penuhi dengan jin2x kerana ianya tempat pembunuhan ular tersebut .ketika dulu adalah amat dilarang barang siapa pun pergi ke kawasan itu kerana akan terjadi perkara yang tidak diingini berlaku seperti contoh tersampuk atau mendapat penyakit yang ganjil dan misteri yang boleh mengakibatkan maut. Ada satu cerita yang mana penduduk kawasan kampung berdekatan dengan tempat itu ( sebelum resort dibina) sedang memancing ikan berdekatan kawasan tersebut .Sedang leka memancing beliau ditegur oleh satu suara yang bertanyakan " oiiii erei gie khom cereh ?? " = oii banyak ke dapat ikan?? lalu dia menjawab " erei nya!!" = banyak jugak!! ketika balik ke rumah dia terus rebah dan meninggal dunia terus.... tapi setelah persona lake resort di buka dikawasan pulau buntar tersebut sedikit demi sedikit keramatnya dan kekerasannya sudah berkurangan ...
jangan takut sekarang dah takde aper dah selamat dan terjamin keselamatan anda...asalkan jangan buat mende tok senonoh tempat mcm tu...anytime jer dia nak kenakan..saya yang sudah dua kali ke kawasan resort tersebut pasti akan disambut dengan hujan panas dan hilang serta merta setelah menjamah air tasik/ basuh muka atau bersugik dalam semelainya ..susah kadang nak percaya kejadian mcm nie ..tp dah 2 kali kena percaya biase2x jer la takde lah terlalu taksub..
4 ulasan:
Tasek chini pun pernah gak ade citer sal ular nih...ade budak tumbuh sisik pas ayah dia bunuh ular dlm tasik tu..
banyak lagi cerita pasal ular nie...mcm2x la..kejadian.. kadang2x pikir balik tu ular ke atau jelmaan jin
Kalau yg mistik2 ni mgkin jelmaan jin kot..kat Tasik Chini Resort cikgu saya pnah jumpa ular sebesar batang balak mghalang laluan dia..benda2 mcm ni klu kita usik tima la akibatnya nt..
Bese lah orang2 duduk dekat ngan tasek,kerja pun tak banyok,ncari makan pun senang,banyok masa lapang.....minda pun mulalah merangkat cerita2 yg diangan2kan....tu lah kreatif nama nya.....minda tak statik tapi dinamikArtden
Catat Ulasan