Isnin, 30 Ogos 2010

Kisah Dulu-Dulu ( Keganasan komunis di Tasik Bera)


Kisah yang diceritakan oleh Tuk Wan ..(nenek) mengenai susah payah kehidupan mereka dulu.Takut dengan ancaman pihak komunis ,Terpaksa hidup dalam keadaan kais pagi makan pagi,kais petang makan petang ...begitu juga dengan kehidupan di dalam post /kubu/fort Iskandar ,Bera Pahang

Cerita yang mengisahkan mereka-mereka yang pernah hidup dan sengsara didalam hidup dalam keadaan ketakutan dan keresahan ketika keganasan pihak parti komunis malaya.Tertubuhnya sebuah kubu atau fort dalam bahasa inggeris ialah ketika itu pihak kerajaan ingin menghapuskan pengaruh komunis dari merebak di
kalanganorang asli.Di tasik bera sebuah kubu/fort yang di kenali sebagai fort iskandar/kubu iskandar menjadi tempat
kesemua masyarakat semelai berlindung dari keganasan pihak komunis pa
da ketika itu..fort iskandar adalah kubu dikawasan pendalaman yang ke bagi field force yang mempunyai LZ (landing zone) untuk pesawat menghantar bekalan makan serta bekalan peluru bagi kegu
naan tentera yang menjaga kawan itu.Sebelum
adanya LZ landing zone bekalan makan serta peluru di hantar dengan menggunakan air drop menggunakan payung terjun..cerita tukwan ketika kapal terbang yang menggunakan kaedah air drop ini ada di antara bekalan yang dijatuhkan payung tidak kembang dan ada yang pecah
berderai..berebut-rebut mengambil makanan seperti beras dan sardin yang terdap
at dalam kotak bekalan tu..kalau beras dah tentu
bertaburan atas tanah..apa peduli ambik jerr..janji dapat makan .Dulu sebelum mereka berpindah ke fort iskandar di kawasan kg lama seperti kg Datok tanaman ladang akan habis di musnahkan oleh pihak komunis dan ada penduduk kampung yang dibunuh kerana tidak memberikan kerjasama dengan mereka .Banyak juga cerita mengenai tali barut komunis yang di bunuh oleh komunis sendiri kerana memecahkan rahsia mengenai lokasi. Kehidupan di dalam kubu yang dikawal oleh tentera british serta tentera melayu sangatlah menyeksakan dan hidup dalam keadaan ketakutan kerana setiap petang bila siren berbunyi
seluruh penduduk kampung akan keluar dari rumah kerana officer akan mendapatkan jumlah penduduk kampung..jika ada yang didapati tidak ada atau balik lewat sebelum waktu yang tidak dibenarkan akan tidur semalaman lah jawabnya di rumah pasung (penjara) Makanan akan dicatu bagi sesebuah keluarga
kerana ketika itu sumber makanan amatlah terhad.. Pada setiap petang menjelang malam antara jam 7 petang beberapa das tembakan akan dilepaskan menggunakan meriam.. kata tuk wan lebih kurang 2 meriam digunakan oleh pihak british untuk mengawal kawasan tersebut tembakan akan disasarkan ke arah kawasan yang dikatakan ada pihak komunis itu lah santapan halwa telinga mereka ketika menjelang malam.. Pada ketika itu bukan hanya askar melayu dan tentera british sahaja yang bertungkus lumus menjaga kawasan persekitaran fort iskandar juga diperkuatkan oleh askar yang dianggotai oleh orang-orang tempatan kerana mereka
lebih tahu selok belok jalan didalam hutan serta jalan air yang memudahkan operasi menjejak dan menghapus komunis yang mengganas ketika itu dikenali dengan nama (Aboriginal Auxilary Police).Dengan adanya tenaga serta kepakaran orang tempatan semakin mudahlah operasi dijalankan..seperti gambar disebelah ( Aboriginal Auxilary Police bergambar dengan 2 tengkorak komunis ).

info:
LZ (landing zone tapak sekarang adalah SK Iskandar)
Tempat meletak meriam dan kubu ( tapak sekarang di kawasan berdekatan dengan kuarters guru Sk Iskandar)
Nama post iskandar/Fort iskandar = Iskandar di ambil dari nama Iskandar Carrie .....
Kubur besar mengikut cerita pihak jepun memperdaya pihak komunis kononnya ingin membuat kubu akhirnya menjadi kubur kepada pihak komunis mereka ditembak ketika menggali tanah untuk menyiapkan kubu itu. lokasi Seberang keruing

2 ulasan:

zulkbo berkata...

salam..
benar2 bersejarah gambar2
tu..terima kasih berkongsi
buat generasi akan datang

OrangTasek berkata...

memang sangat bersejarah...terima kasih